Kod QR

Layari Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam versi mudah alih
dengan mengimbas kod QR daripada telefon pintar atau tablet anda.
QR Code
Panduan :

Anda hanya perlu:
  1. Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar atau tablet anda
  2. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di atas dengan menggunakan kamera daripada telefon pintar atau tablet anda
  3. Anda akan terus dibawa ke Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan versi mudah alih
Turquoise Default Salmon Blue
Sabtu, 01 Jun 2013 00:00

Pengenalan

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pejabat Perbendaharaan Negeri merupakan salah sebuah Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. Perbendaharaan Negeri adalah Jabatan yang bertanggungjawab menetapkan dasar dan peraturan kewangan Kerajaan Negeri. Tanggungjawab ini juga termasuk mengawal selia semua Jabatan Negeri dengan memastikan segala terimaan dan bayaran dibuat mengikut peraturan kewangan. Selain itu, Perbendaharaan Negeri juga memantau dan membuat tindakan susulan terhadap Jabatan bagi memastikan rekod hasil, perbelanjaan, akaun amanah dan rekod kewangan lain diselenggarakan dengan lengkap dan teratur.

Pejabat ini mempunyai visi untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang kedudukan kewangannya mantap, kukuh dan mampan. Misinya pula adalah untuk menyediakan bajet berimbang dan memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa berada di tahap yang terkawal yang akan menjadikan Perbendaharaan Negeri Kelantan sebagai jabatan terbaik dari segi tadbir urus kewangan yang kemas, bersistemetik serta telus dengan menitik beratkan kepada Islam sebagai teras utama. Dasar kualiti Perbendaharaan Negeri adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kawalan kewangan yang cekap dan berkesan kepada semua pelanggan yang meliputi Jabatan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan orang awam. Pejabat Perbendaharaan Negeri diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai Ex-Officio. Perlantikan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri adalah mengikut Perkara 13 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Pejabat Perbendaharaan Negeri dibahagikan kepada tiga Bahagian utama iaitu

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Perakaunan

Aktiviti utama Bahagian Khidmat Pengurusan ialah menjalankan urusan pentadbiran dan operasi harian jabatan. Tiga unit telah diwujudkan di bawah aktiviti ini iaitu

  • Unit Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Unit Pengurusan Kewangan Dan Pemantauan Audit
  • Unit Komputer

Manakala aktiviti utama Bahagian Pengurusan Kewangan ialah mengawal dan menyelia supaya peraturan kewangan dipatuhi oleh semua Jabatan Negeri serta bertanggungjawab menyedia bajet Kerajaan Negeri. Empat unit utama telah diwujudkan iaitu

  • Unit Hasil
  • Unit Belanjawan Dan Pinjaman
  • Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
  • Unit Analisa Dan Pemantauan Pelaburan

Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Perakaunan pula ialah bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pengiraan dan perakaunan bagi semua urusan kewangan Kerajaan Negeri. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara akaun hasil dan perbelanjaan serta menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri. Di bawah aktiviti ini, tiga unit telah diwujudkan iaitu

  • Unit Perkhidmatan Dan Operasi
  • Unit Akaun
  • Unit Khidmat Perunding SPEKS

Perbendaharaan Negeri Kelantan mengamalkan tiga amalan teras iaitu "Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan" sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran Negeri Kelantan. 

Read 2467 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 12:19

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Capaian

Laman web PKN (www.pkn.kelantan.gov.my) sesuai dilayari dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox, Internet Exlorer atau Chrome versi terkini, atau mana-mana perisian pelayan web yang setara dengannya. Sekiranya anda menggunakan perisian pelayan web terdahulu, sebahagian paparan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pelayar web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi-fungsi asas yang lain. Penggunaan resolusi 1024 pixels x 800 pixels adalah digalakkan.

Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan/cadangan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada pihak yang berkaitan.

Dasar Privasi

Privasi Anda

Perbendaharaan Negeri Kelantan ("PKN", ”kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Laman Web PKN ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

Blok 4 Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
E-mel: treasury[at]kelantan.gov.my

Rangkuman

Menerangkan cara pengendalian maklumat kenal pasti diri yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Laman Web PKN, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;

  • Mendapat kebenaran berbuat demikian.
  • Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
  • Pihak PKN mendapati tindakan pengunjung/pengguna portal melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

Cookie

Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.

Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.

Laman Web PKN menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan:

  • Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk portal yang lebih sesuai.
  • Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak.
  • Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Laman Web PKN.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web/portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web/portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web/portal yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Penafian

Kerajaan Negeri Kelantan dan Perbendaharaan Negeri Kelantan (”PKN”, “kami”) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh PKN.

Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Laman Web PKN, ia hanyalah untuk menyatakan PKN TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. PKN tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan laman web dan maklumat dan bahan terkandung dalam laman web dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

Bahasa Lain

Laman web di dalam Bahasa Arab, Cina, Hindi dan Thai telah dijana secara automatik menggunakan aplikasi Translator. Sehubungan dengan itu, bahasa dan kandungan web tersebut adalah tidak 100% tepat dan kemungkinan membawa maksud yang berbeza dari isi kandungan yang sebenar. Pengunaan maklumat dari web tersebut adalah di atas tanggungan pengguna.

myqr

Kod QR

Layari Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam versi mudah alih
dengan mengimbas kod QR daripada telefon pintar atau tablet anda.
QR Code
Panduan :

Anda hanya perlu:
  1. Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar atau tablet anda
  2. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di atas dengan menggunakan kamera daripada telefon pintar atau tablet anda
  3. Anda akan terus dibawa ke Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Kelantan versi mudah alih